Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPendahuluan

Majlis Ilmu adalah merupakan salah satu acara utama perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu sejak tahun 2004. Majlis Ilmu telah banyak menyumbangkan berbagai ilmu pengetahuan yang relevan dan semasa kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. 

Fokus Majlis Ilmu setiap tahun ditentukan oleh tema yang dipilih bagi tahun berkenaan. Contoh fokus dan tema bagi Majlis-Majlis Ilmu 2011 hingga 2017 adalah seperti berikut:

​Majlis Ilmu
​Fokus/Kementerian
​Tema
​2011
Pendidikan
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Pendidikan)
“Pendidikan Membentuk Syakhsiah Bangsa”
​2012
Kesihatan
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Kesihatan)
​“Nikmat Kesihatan Asas Kesejahteraan Negara”

​2013
​Undang-Undang Jenayah Syariah
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Hal Ehwal Ugama)
​“Undang-Undang Jenayah Syariah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua”
​2014
​Sains dan Teknologi
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Pembangunan)
​“Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah”
​2015
Kesejahteraan sejagat
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Hal Ehwal Ugama)​
“Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat"
​2016
​Perhubungan
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Perhubungan)
“Menjana Perhubungan Berkat Dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah”
​2017
Kesan serta peranan Kepimpinan Raja Shaleh yang membawa berkat kepada negara
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri / Kementerian Hal Ehwal Ugama)
“Mensyukuri Kepimpinan Terutama Perkhidmatan Ugama Sepanjang 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam”



OBJEKTIF

Menjadi mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan betapa Baginda sangat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat; dan sebagai wadah menghidangkan ilmu dan maklumat yang berguna kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terutama membawa kepada penyertaan dan penglibatan golongan belia.