Skip Ribbon Commands
Skip to main content

http://www.majlisilmu.gov.bnhttp://www.majlisilmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/Bannder%20MI2021%20-%20website.jpg/SiteCollectionImages/2020/banner%20website%20MI%202020%20PNG%20picture.pnghttp://www.majlisihttp://www.majlisilmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/Bannder%20MI2021%20-%20website.jpglmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/banner%20website%20MI%202020%20PNG%20picture.pnghttp://www.majlisihttp://www.majlisilmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/Bannder%20MI2021%20-%20website.jpglmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/banner%20website%20MI%202020%20PNG%20picture.pnghhttp://www.majlisilmu.gov.bn/SiteCollectionImages/thttp://www.majlisilmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/banner%20website%20MI%202020%20PNG%20picture.pngtp://www.majlisilmu.gov.bn/SiteCollectionImages/2020/Forum%20MI%202020%20-%2007.01.2021%20Banner.jpg

Perisian Sambutan Majlis Ilmu 2021

BAGI menyemarakkan Sambutan Majlis Ilmu 2021 kali ini dan meneruskan usaha untuk menjadikan Majlis Ilmu sebagai salah satu platform perkongsian ilmu, Yang Berhormat sukacita mengongsikan rancangan-rancangan Majlis Ilmu 2021, yang berupa format baharu tanpa melibatkan perhimpunan ramai secara fizikal.


- PERTAMA, penerbitan sebuah video dengan judul, 'Rancangan Khas Majlis Ilmu Membawa Berkah', yang merupakan sebuah rancangan berbentuk Doku-Majalah yang memaparkan latar belakang dan perjalanan Sambutan Majlis Ilmu sejak ia mula diperkenalkan, pada tahun 2004 hingga tahun 2021.


- KEDUA, Ceramah Khas mengenai tema Majlis Ilmu 2021 oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


- KETIGA, sesi Wawancara Khas bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Ilmu, yang berkisar tentang iktibar COVID-19 dari konteks kemasyarakatan dan hal ehwal sosioekonomi masyarakat.


- AKHIR sekali, sesi Wawancara mengenai buku Majlis Ilmu, yang dihasilkan oleh Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos selaku Penulis dan Penyusun buku Sejarah Majlis Ilmu. Demikianlah, seberapa sedikit perkongsian tentang perisian Sambutan Majlis Ilmu pada kali ini, yang membawa tema, 'COVID-19 : Satu Iktibar'.