Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksEkspo Majlis Ilmu 2019

1. Ekspo Majlis Ilmu 2019 akan diadakan sepanjang Majlis Ilmu 2019 iaitu pada 12hb Oktober 2019 sehingga 16hb Oktober 2019.

2. Konsep dan pengisiannya diselaraskan dengan tema Majlis Ilmu 2019 dan mengambil kira tanda kebesaran dan keagungan Allah yang mana diantara pengisiannya adalah memperlihatkan usaha-usaha inovasi produk tempatan dalam pelbagai kategori produk.

3. Usaha sama diantara agensi-agensi kerajaan iaitu:

a. Jabatan Hal Ehwal Syariah;
b. Jabatan Pertanian;
c. Jabatan Daerah Brunei dan Muara;
d. Jabatan Daerah Tutong;
e. Jabatan Daerah Belait;
f. Jabatan Daerah Temburong;
g. IBTE – School of Hospitality & Tourism;
h. Pusat Pembangunan Belia.

4. Ianya akan melibatkan pengusaha-pengusaha yang ada di Negara Brunei Darussalam yang akan memperlihatkan/ mempamerkan kepelbagai inovasi produk bagi membuka saluran rangkaian kerja.

5. Bentuk pengisian:
a. Demonstrasi secara langsung – Tunjuk cara pembuatan dan pengolahan makanan dari bahan-bahan alami.
b. Pameran booth – Mempamerkan produk-produk tempatan.