Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

02.02.2021 - Hikmah COVID-19 dari perspektif Islam


KUALA BELAIT, Selasa, 2 Februari. - Forum Hikmah Wabak COVID-19 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai hikmah di sebalik wabak COVID-19 dan kesannya kepada orang ramai melalui perspektif Islam.

 

Sehubungan itu, bersempena Majlis Ilmu 2020, pihak Jawatankuasa Kerja Acara Sampingan Majlis Ilmu 2020 menganjurkan sebuah forum bertajuk 'Hikmah Wabak COVID-19' di Dewan Persidangan, Kuala Belait.

 

Ahli-ahli panel bagi forum tersebut ialah Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Awang Haji Sammali bin Haji Adam dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Pegawai Perubatan dari Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Muhammad Norizni bin Haji Mosli.

 

Sementara moderator bagi forum tersebut ialah Pegawai Perkembangan Ugama, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Muhamad Ali.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

 

Turut hadir, Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin.

 

Yang Berhormat juga turut menyaksikan pameran sempena Majlis Ilmu 2020.

 

Forum sempena Majlis Ilmu 2020 itu diungkayahkan bersama oleh Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Ugama; UNISSA dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) di bawah Jawatankuasa Kerja tersebut.

 

Pameran juga akan diadakan di masjid-masjid dan Dewan Kemasyarakatan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong di sepanjang bulan Februari tahun ini sebagai acara sampingan.

 

Susulan acara seterusnya ialah sebuah forum bertajuk 'Kanser, Pencegahan dan Rawatan' yang akan diadakan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop pada Khamis, 21 Jamadilakhir 1442H bersamaan dengan 4 Februari 2021M, iaitu selepas Sembahyang Fardu Isyak.

 

Mengenai acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Majlis Ilmu 2020, orang ramai bolehlah mengikuti laman sesawang 'www.majlisilmu.gov.bn' dan media sosial rasmi Majlis Ilmu 2020 ('@mi.brunei 2020' dan Facebook : 'Majlis Ilmu 2020') bagi maklumat lanjut.


http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=31452


Attachments