Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

06.02.2021 - Kepentingan mengimbangi kesihatan jasmani, rohani


Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Februari. - Mengamalkan cara hidup yang menyumbang kepada kesihatan badan yang baik adalah penting dalam mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik.

 

Oleh itu, adalah penting bagi semua individu untuk mengetahui kepentingan mengamalkan cara hidup yang sihat.


Perkara tersebut adalah antara inti pati forum bertajuk 'Gaya Hidup Sihat' yang diadakan pagi tadi sempena Majlis Ilmu 2020 bertempat di Masjid Sultan Sharif 'Ali, Kampung Sengkurong.

 

Hadir pada majlis tersebut, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

 

Forum juga membincangkan mengenai kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat termasuk penjagaan kesihatan gigi, pengambilan pemakanan yang sihat bagi menyokong kesihatan gigi dan juga keseluruhan badan.


Selain itu, perbincangan juga tertumpu kepada kepentingan bagi mengimbangi kesihatan jasmani dan rohani dengan meneladani Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Ahli panel forum terdiri daripada Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu; Pegawai Perubatan Kanan Gred 1, Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Shodeena binti Haji Mohammad; Pegawai Pergigian Kanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Nurul Sa'idah binti Haji Ishak; dan Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong selaku moderator forum.

 

Forum dan pameran sempena Majlis Ilmu 2020 diungkayahkan bersama oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, UNISSA dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan di bawah Jawatankuasa Kerja Acara Sampingan bagi Sambutan Majlis Ilmu 2020.

 

Bagi maklumat lanjut mengenai acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Majlis Ilmu 2020, orang ramai boleh mengikuti laman sesawang 'www.majlisilmu.gov.bn' dan media sosial rasmi Majlis Ilmu 2020, iaitu Instagram - '@mi.brunei2020' dan Facebook - 'Majlis Ilmu 2020'.


http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=31518

Attachments