Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPendahuluan

Bismillah.png

Majlis Ilmu adalah merupakan salah satu acara utama perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu sejak tahun 2004. Majlis Ilmu telah banyak

menyumbangkan berbagai ilmu pengetahuan yang relevan dan semasa kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. 


“Beta dari dahulu lagi mengharapkan, supaya Majlis Ilmu berupaya, untuk memacu kesedaran berugama dan bermasyarakat. Ia Beta lihat sebagai mampu untuk memainkan peranan khusus dalam bidang keilmuan dan dakwah, iaitu apabila di antara acara-acaranya ialah berupa forum atau seminar dan ceramah. Ini semua tidak diragukan lagi adalah wadah ke arah penyebaran ilmu dan dakwah itu. Beta optimis, Majlis Ilmu memang mampu untuk mencipta visi dan misi yang berkebajikan bagi negara. Kerana itu, adalah sesuai untuk ia terus diadakan dari tahun ke tahun untuk meraih manfaat daripadanya.”

Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 
bagi Majlis Ilmu Tahun 2020 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-74 Tahun


Fokus Majlis Ilmu setiap tahun ditentukan oleh tema yang dipilih bagi tahun berkenaan. Contoh fokus dan tema bagi Majlis-Majlis Ilmu 2004 hingga 2021 adalah seperti berikut:


Tahun

Fokus & Penganjuran BersamaTema
2004
​Jabatan Perdana Menteri
"Masjid Wadah Kepimpinan Raja"
2005
​Jabatan Mufti Kerajaan
"Ke arah Bangsa Terdidik, Profesional & Berakhlak"
2006
​Jabatan Mufti Kerajaan
"Raja Berdaulat, Negara Berkat, Rakyat Selamat"
2007
​Jabatan Mufti Kerajaan
"Aqidah Kukuh Membawa Berkat"
2008
​Jabatan Mufti Kerajaan
"Menghayati Negara Zikir"
​2009
Majlis Ilmu di tiadakan pada tahun 2019
Majlis Ilmu di tiadakan pada tahun 2019​
2010
​Jabatan Mufti Kerajaan
"Temadun Melayu Bestari"
2011

Pendidikan
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan

"Pendidikan Membentuk Syakhsiah Bangsa"

2012

Kesihatan
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan

"Nikmat Kesihatan Asas Kesejahteraan Negara"

2013

Undang-Undang Jenayah Syariah
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama

"Undang-Undang Jenayah Syariah Menjamin Keadilan

dan Kesejahteraan Untuk Semua"

2014

Sains dan Teknologi
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan

"Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan 

dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah"

2015

Kesejahteraan sejagat
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama

"Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat"

2016

Perhubungan
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan  Kementerian Perhubungan

"Menjana Perhubungan Berkat Dan Selamat Pemangkin 

Kesejahteraan Ummah"

2017

Kesan serta peranan Kepimpinan Raja Shaleh yang membawa berkat kepada Negara


Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama

"Mensyukuri Kepimpinan Terutama Perkhidmatan Ugama 

Sepanjang 50 Tahun Pemerintahan 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam"

2018

Ekonomi, dengan penumpuan diberikan kepada pertanian dan perlaksanaan projek-projek berkaitan ekonomi, teknologi pertanian.


Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian

"Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara"

​2019
​Pencapaian Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, terutama dalam menerapkan nilai-nilai ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jemaah, berlandaskan kepada falsafah Melayu Islam Beraja sehingga Negara Brunei Darussalam mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk agama, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kesejahteraan, pembangunan infrastruktur, perhubungan dan undang-undang.

Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan)
“Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat”
2020
Kesihatan adalah satu anugerah nikmat yang besar daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di mana fizikal dan mental yang sihat adalah asas kepada pembangunan dan kesejahteraan ummah. Menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri adalah amanah Allah yang mewajibkan hamba-Nya untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih. Kehidupan sihat adalah merupakan salah satu asas utama ke arah mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.

Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

"Mensyukuri Ni'mat Kesihatan Sebagai Anugerah Allah"


​2021
Pandemik COVID-19 telah menimbulkan banyak isu dan cabaran kepada semua negara terutama sekali impaknya terhadap kesihatan, ekonomi, dan kehidupan masyarakat secara amnya. Fokus yang dicadangkan bagi Majlis Ilmu tahun ini akan menyentuh mengenai iktibar dari kesukaran yang telah dihadapi negara sejak bermulanya penularan COVID-19 dan merangka strategi-strategi mengenainya untuk mengekalkan kehidupan yang aman, sejahtera dan harmoni.

​Penganjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

​“COVID-19: Satu Iktibar”


*******