Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHome

Pameran Majlis Ilmu 2018


OBJEKTIF

Memupuk minat dan menggalakkan keusahawanan dalam bidang pertanian dengan tumpuan terhadap pertanian berteknologi yang mampu meningkatkan produktiviti ladang dan menguntungkan; dan

Membina minda agar lebih meminati dan menceburi bidang agribisnes dan mempromosikan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang ada ditawarkan dalam bidang ini.

Pameran akan diadakan selama tujuh (7) hari, iaitu:

​Tarikh
​Jam
​Tempat
Hari Selasa hingga Isnin,
19 hingga 25 Rabiulawal 1440H 
bersamaan
27 November sehingga 3 Disember 2018M
​ ​
2.00 petang hingga 5.00 petang
(Pada 19 hingga 21hb Rabiulawal 1440H /
27 hingga 29 November 2018M)

9.00 pagi hingga 5.00 petang
(Pada 21 hingga 25 Rabiulawal 1440H /
30 November hingga 3 Disember 2018M)*

*Pameran akan ditutup sementara jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang pada hari Jumaat, 30 November 2018

​​ ​ ​
East Concourse, Lobi,
Dewan Persidangan Utama,
dan Dewan Perpaduan
di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas



KONSEP PAMERAN

Pameran Majlis Ilmu 2018 akan memfokuskan kepada lima (5) zon:


Zon 1: Pengenalan Sektor Pertanian

Zon 'Pengenalan Sektor Pertanian' akan mengetengahkan perkara berikut:
Sektor Pertanian dalam Perspektif Islam;
Evolusi Pertanian di Negara Brunei Darussalam: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan; dan
Visi dan Misi dalam membangun sektor pertanian




Sektor Pertanian Dan Perikanan Dalam
Perspektif Islam


________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Zon 2: Pendidikan Pertanian

Zon 'Pendidikan Pertanian' akan menampilkan semua program pendidikan termasuk projek Penyelidikan dan Perkembangan dalam bidang pertanian, termasuk:
Kurikulum: Asas, Rendah, Menengah & Pengajian Tinggi; dan
Laluan kerjaya dan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian


Pendidikan Pertanian

Perkembangan Pertanian Dalam Pendidikan di Negara Brunei Darussalam

Pendidikan Pra Sekolah




Projek Kaedah Fertigasi​





SPROUT(iQ)



________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Zon 3: Ekosistem Agribisnes

Zon 'Ekosistem Agribisnes' menampilkan usaha-usaha kerajaan melalui pendekatan ‘Whole Nation Approach' di antara agensi kerajaan dan agensi swasta, antaranya, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Kementerian Pendidikan, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei, Darussalam Enterprise dan lain-lain agensi yang berkepentingan. Agensi-agensi ini memainkan peranan penting terhadap Ekosistem Agribisnes.



Sistem Pengeluaran


________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Zon 4: Pengusaha dan Produk

Perisian bagi Zon ‘Pengusaha dan Produk’ adalah seperti berikut:
Menonjolkan pengusaha-pengusaha dan kejayaan;
Mempamerkan produk-produk seperti hasil segar ladang pertanian agribisnes, produk pertanian dan makanan laut yang diproses serta bekalan pertanian; dan
Mempamerkan peluang-peluang pekerjaan.













________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Zon 5: Agroteknologi

Zon 'Agroteknologi' akan mempamerkan revolusi pertanian sebagai mendokong hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga menekankan penggunaan teknologi dalam aktiviti perniagaan, termasuklah perubahan-perubahan teknologi (tradisional kepada moden) mengikut perkembangan dan kemajuan.