Tahun | Fokus & Penganjuran Bersama | Tema |
2004
| Jabatan Perdana Menteri
| "Masjid Wadah Kepimpinan Raja" |
2005
| Jabatan Mufti Kerajaan
| "Ke arah Bangsa Terdidik, Profesional & Berakhlak" |
2006
| Jabatan Mufti Kerajaan
| "Raja Berdaulat, Negara Berkat, Rakyat Selamat" |
2007
| Jabatan Mufti Kerajaan
| "Aqidah Kukuh Membawa Berkat" |
2008
| Jabatan Mufti Kerajaan
| "Menghayati Negara Zikir" |
2009
| Majlis Ilmu ditiadakan pada tahun 2009
| Majlis Ilmu ditiadakan pada tahun 2009
|
2010
| Jabatan Mufti Kerajaan
| "Temadun Melayu Bestari"
|
2011
| Pendidikan Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan
| "Pendidikan Membentuk Syakhsiah Bangsa"
|
2012
| Kesihatan Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan
| "Nikmat Kesihatan Asas Kesejahteraan Negara"
|
2013
| Undang-Undang Jenayah Syariah Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama
| "Undang-Undang Jenayah Syariah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua"
|
2014
| Sains dan Teknologi Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan
| "Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah" |
2015
| Kesejahteraan sejagat Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama
| "Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat"
|
2016
| Perhubungan Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perhubungan
| "Menjana Perhubungan Berkat Dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah"
|
2017
| Kesan serta peranan Kepimpinan Raja Shaleh yang membawa berkat kepada Negara
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama
| "Mensyukuri Kepimpinan Terutama Perkhidmatan Ugama Sepanjang 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam" |
2018
| Ekonomi, dengan penumpuan diberikan kepada pertanian dan perlaksanaan projek-projek berkaitan ekonomi, teknologi pertanian.
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian | "Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara"
|
2019
| Pencapaian Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, terutama dalam menerapkan nilai-nilai ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jemaah, berlandaskan kepada falsafah Melayu Islam Beraja sehingga Negara Brunei Darussalam mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk agama, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kesejahteraan, pembangunan infrastruktur, perhubungan dan undang-undang.
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan)
| “Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat”
|
2020
| Kesihatan adalah satu anugerah nikmat yang besar daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di mana fizikal dan mental yang sihat adalah asas kepada pembangunan dan kesejahteraan ummah. Menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri adalah amanah Allah yang mewajibkan hamba-Nya untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih. Kehidupan sihat adalah merupakan salah satu asas utama ke arah mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.
Penganjuran Bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
| "Mensyukuri Ni'mat Kesihatan Sebagai Anugerah Allah"
|
2021
| Pandemik COVID-19 telah menimbulkan banyak isu dan cabaran kepada semua negara terutama sekali impaknya terhadap kesihatan, ekonomi, dan kehidupan masyarakat secara amnya. Fokus yang dicadangkan bagi Majlis Ilmu tahun ini akan menyentuh mengenai iktibar dari kesukaran yang telah dihadapi negara sejak bermulanya penularan COVID-19 dan merangka strategi-strategi mengenainya untuk mengekalkan kehidupan yang aman, sejahtera dan harmoni.
Penganjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
| “COVID-19: Satu Iktibar”
|
2022
| Majlis Ilmu ditiadakan pada tahun 2022
| Majlis Ilmu ditiadakan pada tahun 2022
|
2023
| Tema pada tahun ini diharapkan akan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang munajat dan taubat serta kepentingan penghayatan dan pengamalannya dalam ruang lingkup kehidupan sebagai benteng menghadapi ujian dan cabaran yang akan datang.
Ianya juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan munajat dan taubat dalam meraih keredaan Allah sesuai dengan landskap Brunei sebagai Negara Zikir.
| "Munajat Senegara Dengan Taubat"
|