Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksRuangan2_Booth2_Pusat_Sejarah_Brunei

​​

Pusat Sejarah Brunei

​​Bertempat: Ruangan 2, Booth 2, East Concourse, Dewan Persidangan Antarabangsa, Berakas

PENGENALAN PAMERAN


Negara Brunei Darussalam sebuah Kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang telah wujud lebih 650 tahun lalu bermula dengan pengislaman Awang Alak Betatar menjadi Sultan Muhammad Shah pada pertengahan abad ke- 14 Masihi. Baginda mengetuai rakyat Melayu Brunei dalam menerapkan cara hidup berasaskan agama Islam secara beransur-ansur dan berkekalan sehingga sekarang. Dengan kewujudan Falsafah Melayu Islam Beraja, Negara Brunei Darussalam berjaya mempertahankan nilai-nilai Islam, budaya dan adat resam, institusi kesultarian serta perundangannya berlandaskan Hukum Syarak.

Pameran ini akan memaparkan Keharmonian dan Kemakmuran Kesultanan Brunel Melalui Pengamalan Munajat dan Taubat dengan menelurusi sejarah pemerintahan dan pentadbiran serta pelaksanaan undang-undang Islam di zaman pemerintahan Sultan-Sultan Brunei yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam serta menjadikan Undang-Undang Islam sebagai asas perundangan negara. Ini sekaligus mewujudkan negara sebagai sebuah Negara Zikir dan menitikberatkan pengukuhan Maqasid Syariah ke arah mencapai kehidupan yang harmoni, makmur dan aman sejahtera.

SINOPSIS


Sejarah Perkembangan Dasar Kerajaan Dalam Mendokong Amalan Munajat dan Kaitannya dengan Taubat​
  • Menelurusi Sejarah Pemerintahan dan Pentadbiran Sultan-Sultan Brunei yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam, memelihara, memartabatkan, mendaulatkan agama Islam, mengembangkan syiar Islam dan menjadikannya sebagai amalan dan cara hidup yang syumul.
  • Keazaman pemimpin negara ke arah mewujudkan negara sebagai sebuah Negara Zikir yang beracuan baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur yang mencakupi munajat dan zikir demi mendapatkan keredhaan, kesejahteraan dan daripadaNya jua. kemakmuran​.