Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSeminar, Forum dan Ceramah 2024

​​Seminar, Forum dan Ceramah Majlis Ilmu 2024

Tema bagi Majlis Ilmu ipada tahun 2024 ini memfokuskan kepada isu semasa global yang berkaitan dengan  kesihatan mental. Sepertimana tahun-tahun yang lazimnya, seminar merupakan salah satu pengisian bagi sambutan Majlis Ilmu. Sehubungan dengan itu, seminar Majlis Ilmu pada tahun ini akan turut membincang dan mengupas topik-topik  yang berkaitan kesihatan mental, dasar kerajaan dalam menangani isu kesihatan mental dan langkah pencegahan. Ini bersesuaian dengan titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan; 


“Menyebut tentang akal, ia juga berkaitan dengan mental. Pada akhir-akhir ini, kesihatan mental banyak diperkatakan. Maka sehubungan itu usahausaha, bersepadu Kerajaan Beta dalam menangani isu-isu kesihatan mental yang semakin meningkat dan membimbangkan, amatlah dialualukan. Beta difahamkan, kira-kira seramai 11,000 orang lebih, yang terdiri daripada kanak-kanak hingga dewasa adalah sedang menerima rawatan Perkhidmatan Psikiatri dan psikologi klinikal di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Oleh itu, usaha-usaha yang sedia ada perlu dipertingkatkan lagi, supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Beta mahu, program kesihatan mental secara saintifik dan kerohanian hendaklah diaktifkan melalui pendidikan, terutama pendidikan  ugama dan dakwah secara berterusan. Inilah antara konsep hijrah, iaitu untuk mengubah atau membaiki perkara-perkara negatif kepada positif."

Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Sempena Tahun Baru Hijrah 1446H

 

Oleh yang demikian, seminar ini wajar dijalankan bagi menyahut seruan titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dalam menangani kesihatan mental di Negara Brunei Darussalam khususnya dan global secara umum.  


Antara objektif seminar adalah;

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
  2. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat mengenai masalah kesihatan mental dan cara untuk membantu pengidap penyakit mental.
  3. Mengenalpasti punca dan faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan mental.
  4. Mengenalpasti tatacara dan kaedah pencegahan gangguan mental, rawatan sepadu yang menggabungkan intervensi medikal dengan rawatan ketuhanan, dan pemulihan penyakit mental.
  5. Mengukuhkan kerjasama serta penglibatan pelbagai pihak melalui pendekatan 'whole of-nation'.
  6. Memacu tindakan yang menggalakkan dan membantu melindungi kesihatan mental setiap orang sebagai hak asasi manusia sejagat. 




Tarikh
​Skop dan Tajuk
​Tempat
​Pautan
​Selasa,
01 Oktober 2024
(Sesi 1)
​Kesihatan Mental & Ugama  
Dewan Musyawarrah,
Pusat Persida​​ngan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

Atur Cara​
Kertas Kerja
​​Selasa,
01 Oktober 2024
(Sesi 2)​
Kesihatan Mental & Sains
Dewan Musyawarrah,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

Atur Cara​
Kertas Kerja
​​​Selasa,
01 Oktober 2024
(Sesi 3)
Kesihatan Mental & Remaja
Dewan Musyawarrah,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

Atur Cara​
Kertas Kerja
​​​Rabu,
02 Oktober 2024
(Sesi 4)
KEsihatan Mental & Persekitaran
Dewan Musyawarrah,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

​​Atur Cara​
Kertas Kerja
​​​​Rabu,
02 Oktober 2024
(Sesi 5)
Kesihatan mental & Pekerjaan
Dewan Musyawarrah,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

Atur Cara​
Kertas Kerja
​Rabu,
02 Oktober 2024
(Sesi 6)
Kesihatan Mental & Langkah Pencegahan 
Dewan Musyawarrah,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

Atur Cara​
Kertas Kerja​​
Sabtu,
12 Oktober 2024

Kerohanian dan Kesihatan Mental
"Lakastah Santai"

Dewan Utama, 
Kompleks Kemasyarakatan Mukim Bangar, 
Daerah Temburong

Sabtu,
19 Oktober 2024

Pengurusan Emosi dan Kesihatan Mental
"Emosi ku eh!"

Dewan Musyawarrah,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Daerah Brunei-Muara

​Poster
Atur Cara
Selasa,
22 Oktober 2024

Teknologi dan Kesihatan Mental
"#SharingPositivity #AntiSocial"

Dewan Ma'had Islam Brunei,
Daerah Tutong

Khamis,
24 Oktober 2024

Keseimbangan Kerja-Kehidupan 
dan Kesihatan Mental
"Kerja, Keluarga, Kesihatan?"

Pusat Insani,
Seria,
Daerah Belait